Karamah.

.
_*Kalam Saufi…*_

*NILAI SEBUAH ISTIQOMAH.*

_*Bagi seorang anak kecil, sebiji coklat lebih menarik dan lebih dia sukai daripada sekeping emas tulen.*_

_*Padahal kita pun tahu yang emas jauh lebih mahal dan berharga daripada sebiji coklat.*_

_*Begitulah perumpamaan karamah dan istiqamah.*_

_*Bagi orang awam, karamah nampak lebih menarik dan lebih disukai daripada istiqamah, sebab mereka tidak mengerti nilai sebuah istiqamah.*_

_*Tapi bagi para wali Allah dan orang-orang yang hampir dengan Allah swt, istiqamah jauh lebih berharga dan mereka sukai daripada sekadar hadiah kecil berupa karamah. Bahkan ramai wali Allah yang menangis ketika mendapat karamah kerana khuatir karamah itu adalah istidraj (hukuman tersembunyi).*_

_*Mereka lebih takut hati mereka goyah dan tidak tetap daripada sekadar mendapatkan hiburan berupa karamah !*_

_*salam tahajjud..*_

🌹abuya.bp.
.

Orang yang baik.

Sentap sungguh pesanan ini..

Jadilah kamu orang yang baik.
Bila ada disukai,
bila tiada dirindui,
bila mati ditangisi.

Janganlah kamu jadi orang yang jahat.
Bila ada dibenci,
bila tiada disukai,
bila mati disyukuri.

(Saidina Ali R.A)
.
.

Moga kita semua sentiasa dalam keampunan llahi & kasih Rasulullah SAW.

Musibah.

Assalamualaikum semoga Allah mengurniakan kasih sayang rahmat dan redhaNya

Musibah terbesar dalam hidup ini bukan sakit, miskin, dihina, gagal…tetapi apabila hati melupakan Allah.

Lupa Allah itu akan menghilangkan ketenangan. Apabila hilang ketenangan, segalanya tidak akan berguna lagi…walaupun kita sehat, kaya, disanjung dan berjaya.

Ingatlah Allah. Ingatlah Allah banyak-banyak. InsyaAllah, apa sahaja yang kita miliki dan alami akan membawa bahagia!

Ingat Allah itu mudah tapi payah apabila kita lemah bermujahadah dan tidak mendapat taufik serta hidayah dari Allah.

Maka…berdoalah minta diberi hidayah dan taufik untuk mengingatiNya:

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

[Ya Allah, tolonglah aku agar selalu berdzikir/mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].” (HR. Abu Daud dan Ahmad, shahih)

(Pahrol Mohamad Juoi)💚